Friday, October 16, 2009

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN

Selamat menjalani peperiksaan kepada seluruh warga SMAPR khasnya dan kepada semua pelajar diseluruh malaysia amnya.Setelah berusaha bertawakkallah kepada Allah azzawajalla kerana Allah maha penyayang kepada hambanya.Seluruh warga pendidik Smapr mendoakan agar semua pelajar mendapat kejayaan dengan cemerlang ameen ya rabbal alamiiiiin.takbir!!!!! Allahuakbar

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA

Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami warga pendidik SMAPR,wahai anak didik sekalian, teruskan perjuangan membela dan mempertahankan agama.Perbetulkan kerosakan akhlak dan budaya songsang masyarakat kita.Jadikanlah dirimu saham syurga bukan saham neraka.Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kalian.Kalian tetap dihati.

Wednesday, September 09, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM KHASNYA KEPADA WARGA SMAPR

Monday, July 13, 2009

DIMANA KAN KU CARI GANTI

10 Julai 2009-Smapr telah kehilangan seorang lagi warga pendidik yang berpengalaman dan berwibawa iaitu Cikgu Maizara bt Md. Saidi. Tempoh enam tahun berkhidmat sebagai tenaga pendidik di SMAPR pastinya meninggalkan jasa yang banyak. Semoga segala jasa yang telah dicurahkan akan menjadi saham yang sangat besar disisi rabbul izzah. Seluruh warga Smapr berdoa agar cikgu Maizara bertambah cemerlang dimana pun berada dan doakanlah kami disini agar terus berjaya dalam mengejar ukhrawi dan duniawi.

Thursday, July 09, 2009





Guru-guru yang turut menjayakan program perkhemahan perdana

Kursus Pengurusan Jenazah

Peserta bersedia untuk menaiki flying fox




Asahan Melaka-26-28 jun warga Smapr telah mengadakan perkhemahan perdana ke Asahan Melaka.Penyertaan guru dan pelajar seramai 116 orang menceriakan lagi program tersebut.Banyak aktiviti yang telah diadakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar agar terbina jati diri dalam diri mereka.Program ini telah diadakan selama tiga hari dua malam dan berakhir pada hari ahad.Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad bin othman Guru penolong kanan satu S.M.A. Parit Raja.